Gempa Nepal: Mayat Dipercayai Rakyat Malaysia Ditemui

DJ Raj Anthony yang mengembara bersendirian di Nepal dipercayai hilang sejak gempa bumi berlaku.

DJ Raj Anthony yang mengembara bersendirian di Nepal dipercayai hilang sejak gempa bumi berlaku.

MAYAT seorang lelaki dipercayai warga Malaysia yang hilang ekoran gempa bumi di Nepal baru-baru telah ditemui.

Mangsa yang dikenali sebagai DJ Raj Anthony, 38 tahun dikatakan melancong bersendirian ke Nepal dalam misi menakluk pergunungan di Himalaya dari 21 hingga 28 April.

Pihak berkuasa menemui mayat seorang lelaki bersama pasport milik Anthony di Lembah Langtang, iaitu salah sebuah perkampungan yang terjejas teruk di kawasan pergunungan kira-kira 130 kilometer utara Kathmandu.

Ahli keluarga Anthony dilaporkan telah dimaklumkan perkara ini pada petang semalam dan abangnya dijadualkan tiba di Kathmandu pada Khamis bagi pengecaman mayat berkenaan.

“Saya mengesahkan bahawa terdapat satu mayat dari Langtang yang diterbangkan ke Kathmandu. Mayat itu dipercayai warga Malaysia, Raj Anthony,” kata seorang pegawai polis Nepal.

Menurut mStar Online, pegawai kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata pihaknya akan membantu keluarga berkenaan dalam usaha membawa pulang mayat ke tanah air.

Mendiang yang sedang bercuti selama enam bulan telah mengunjungi India sebelum memutuskan untuk ke Nepal untuk mendaki di Himalaya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.