Gempa Kuat 6.0 Gegar Selatan Tokyo

Gempa-Kuat-6.0-Gegar-Selatan-Tokyo-565x376TOKYO – Gempa kuat 6.0 magnitud melanda Tokyo, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku pada 5.18 pagi waktu tempatan di 98 kilometer di selatan Tokyo.

Agensi berita Kyodo News melaporkan, sistem kereta api bawah tanah Tokyo terjejas sepenuhnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Jepun meaporkan gempa berkenaan dianggarkan berukuran 6.2 magnitud di 160 kilometer di dasar laut berdekatan Pulau Izu Oshima di selatan Tokyo.

Gegaran dilaporkan membabitkan kawasan yang luas dengan paling kuat di tengah Bandaraya Tokyo.

Stesen televisyen NHK berkata, ia adalah gegaran kuat berlaku di ibu negara Jepun sejak gempa susulan 9.0 magnitud yang turut membawa tsunami pada Mac 2011 di timur laut Jepun yang mengorbankan lebih 18,500 orang atau hilang. – AP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.