Gantung Diri Kerana Rasa Bersalah Curangi Kekasih

curang-565x321DEK kerana rasa bersalah kerana berasmara dengan bekas kekasihnya dalam keadaan mabuk, seorang wanita Rusia mengambil keputusan menamatkan nyawanya dengan menggantung diri.

Alina Bogdanova, 28, ketika kejadian sudah pun mempunyai teman lelaki baru iaitu Arturas Pakalniskis.

Mayat Alina ditemui bekas kekasihnya, Aleksandrs Zuks, 29, keesokan paginya dalam keadaan tergantung di tangga rumah abang Alina.

“Saya tidur dengannya selepas dia datang ke bilik saya pada malam itu. Esoknya, saya melihat dia seperti sedang berdiri, namun apabila saya menghampirinya, bibirnya sudah membiru,” kata lelaki itu.

article-2564173-1BAC62C500000578-460_306x423-217x300Zuks tinggal bersama abang wanita itu walaupun mereka sudah berpisah.

Sementara itu, Pakalniskis berkata, teman wanitanya itu seorang yang sangat ceria dan tidak menghadapi sebarang tekanan.

“Saya tahu Zuks tinggal bersama abangnya. Alina hanya berkata yang dia ingin bertemu abangnya. Itu sahaja,” ujarnya.

Kejadian itu dianggap sebagai suatu yang sangat tragis oleh keluarga dan kenalan mereka.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.