Gambar: Mayat Reput Terdampar Dekat Resort Di Setiu

mayatreput

PENGUNJUNG Pantai Baru Penarik, Merang pada petang Ahad terkejut apabila mendapati terdapat mayat manusia dipercayai lelaki yang sudah tinggal rangka, terdampar di belakang sebuah resort, di situ.

Mayat ditemui sekitar jam 5.20 petang sebelum pihak polis dimaklumkan tentangnya.

Berdasarkan info dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, mayat yang ditemui kira-kira 100 meter dari resort berkenaan dipercayai sudah lebih dari dua bulan dengan ketinggian dianggarkan 5.5 inci (162.5 sentimeter).

Sehubungan itu mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan autopsi diterima.

Gambar mayat berkenaan kini viral di media sosial selepas ianya dikongsikan saksi.

Pemeriksaan Mynewshub mendapati, salinan kad pengenalan seorang lelaki turut disebarkan laman Facebook tertentu bersama gambar mayat sedangkan menurut kenyataan pihak polis, tiada pengenalan diri ditemui pada rangka berkenaan.

12718225_538261106351604_7258745494974822837_n

12801240_538261159684932_8815002611179479726_n

12804791_538261146351600_1539230615333386832_n

12805780_538261123018269_910305688983468720_n

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.