GAMBAR: Majlis Persandingan Diraja Anak Sultan Brunei

277B397D00000578-3035550-image-a-13_1428832334904

Dihiasi perhiasan emas dan permata, Istiadat Persandingan Diraja anak Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang juga merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, telah berlangsung dalam suasana cukup mewah dan meriah.

Majlis tersebut telah dilangsungkan di istana yang memiliki 1,788 buah bilik iaitu Istana Nural Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan, semalam.

277B3DB600000578-3035550-image-a-10_1428832324729

277B3D8A00000578-3035550-image-a-12_1428832328901

277B44DE00000578-3035550-image-a-2_1428832159627

277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681

277B408400000578-3035550-image-a-24_1428832391278

Raja Abdul Malik, 31, selmat dinikahkan bersama pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.

Memetik laporan Daily Mail, istiadat itu turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi.

Kedua-dua mempelai menyarung baju berwarna emas yang turut dihiasi permata, manakala pengantin perempuan memegang sejambak bunga yang digubah dari batu berlian tulen.

Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata.

277E56B000000578-3035550-image-a-2_1428857371990

277B407F00000578-3035550-image-a-22_1428832363754

 

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.