Gambar Azhar Wahab Mewah & Kaya-Raya Atas Penindasan Kanak-Kanak Kutip Derma Pusat Tahfiz Amal!

azhar_wahab Betulllah manusia cepat berubah dan gelap mata apabila berdepan dengan dugaan wang ringgit atas nama kemewahan. Berapa ramai yang “tumbang menyembah Bumi” kerana tidak mampu berdepan dugaan seperti ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian dan hasratnya tercapai, waima mempergunakan kanak-kanak sekalipun.

Jikalau sebelum ini, 1 Malaysia News (1MN) ada kongsikan (SEPERTI DI SINI) kalangan pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada kanak-kanak kecil bekerja-keras siang dan malam bagi mencapai…KPI yang telah disasarkan oleh pengetua Tahfiz Amal Kedah ini, Azhar Wahab.

Selepas ini kalangan pembaca 1MN boleh lihat dan nilaikan sendiri gambar-gambar kemewahan SM Amin @ nama sebenarnya Azhar Wahab yang hidup mewah dengan hasil penghambaan kanak-kanak menjual produknya di stesen minyak, kedai makan, RNR, sekitar bank dan pendek kata mereka ini ada dimana-mana sahaja sehingga berlarutan ke larut malam.

Koleksi Gambar Azhar Wahab Hidup Mewah

Dan, 1MN dimaklumkan Kerajaan Negeri Kedah telah pun mengarahkan Pusat Tahfiz Amal, Kedah ini di bawah pengasas Azhar Wahab ini ditutup seeprti gambar di bawah ini :

Bermaknanya di sini, jika selepas ini anda masih lagi didekati dan dikunjungi kalangan yang meminta derma atas nama Pusat Tahfiz Amal, Kedah ini (pengasasnya Azhar Wahab), hentikan menghulur! Cukuplah sekadar anda membelikan makanan dan minuman untuk mereka.

Tatkala kanak-kanak bawah umur dipaksa memasarkan produknya & menjual agama untuk kutip derma, Azhar Wahab dengan sewenang-wenangnya hidup dengan hasil kekayaan haram itu.

P/S : Jadi, adalah wajar masyarakat sebarkan maklumat penipuan ini supaya menjadi pengajaran kepada yang lain dan hentikan memberi derma kepada manusia kaki joli ini dnegan harapan tiada lagi jelmaan “Azhar Wahab @ SM Amin” yang seterusnya selepas ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.