Gambar anak Khairul Fahmi Che Mat Apek dan Leuniey Natasha baru lahir. Tahniah diucapkan kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat kerana telah selamat bergelar seorang bapa pada isnin 3 Februari 2014.
Berita gembira tersebut turut dikongsi menerusi facebook kelab peminat Khairul Fahmi Che Mat (Official).
Menerusi kenyataan itu lagi, turut diumumkan bahawa jantina anak pertama Khairul Fahmi adalah bayi perempuan. Puteri sulong pasangan ini dilahirkan secara normal tepat pada jam 2.55 petang dengan berat 2.75 KG.
Terdahulu, Khairul Fahmi telah bernikah dengan pasangannya Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012.
0 comments