Gagal Tunaikan Denda, Mamat Ke Penjara Bentong Untuk Lapan Bulan

Mamat-Exist-Dipenjara-8-Bulan-Akibat-Tak-Mampu-Bayar-Denda-RM4500

Cepat pula hukuman dijatuhkan terhadap Mamat selepas beliau ditangkap pihak berkuasa minggu lalu kerana disyaki mengambil dadah Amphetamine namun hukuman yang dijatuhkan mahkamah semalam adalah kerana kesalahan yang dilakukan pada tahun 2013.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu didakwa telah memasukkan dadah jenis Amphetamine ke dalam badannya di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013 dan ujian air kencing membuktikan Mamat positif dadah tersebut.

Mamat didenda RM4,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Raub selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut namun kerana tidak mampu membayar denda, beliau bakal ke Penjara Bentong untuk lapan bulan menjalani hukuman.

Pada 27 Mac lalu, Mamat sekali lagi ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki mengambil dadah Amphetamine namun belum lagi didakwa atas kesalahan tersebut dan bakal berhadapan denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan. – RotiKaya

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.