Gagal ikut rancangan

PEMAIN Malaysia sugul keluar padang.

PEMAIN Malaysia sugul keluar padang.

Shah Alam: “Ini persembahan terburuk kami. Itu hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh selepas menyaksikan anak buahnya tewas 1-2 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam sekali gus menyukarkan laluan mereka ke final.

Biarpun mendahului 1-0 pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti kapten Safiq Rahim namun pasukan negara yang mendapat sokongan padu 65,000 penyokong nyata gagal membendung kepantasan pemain Vietnam.

Dua gol yang berjaya dihasilkan pasukan pelawat hasil percubaan Vo Huy Toan pada minit ke-32 dan Nguyen Van Quyet (m-60) memberikan skuad kendalian jurulatih Jepun, Toshiya Miura itu dalam kedudukan selesa menantikan pertembungan kedua di Stadium Nasional My Dinh, Khamis ini.

Bagi Dollah, 51, beliau cukup kecewa dengan prestasi anak buahnya yang gagal mengikut perancangannya.

“Kami bermain buruk dari aspek disiplin ketika menyerang dan bertahan. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pemain.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.