[Gaduh] Tak Perlu Buang Masa Lagakan Saya Dengan Pak Yus – Tauke

Kecoh minggu lalu apabila sebuah akhbar mingguan mengeluarkan artikel tentang dua ahli kumpulan Jambu iaitu Yus dan Tauke yang dikatakan bergaduh dan bermasam muka ketika gelanggang akhir program Maharaja Lawak Mega 2013.

imageResizeBercakap kepada Astro Gempak, Tauke menafikan mereka berdua bergaduh dan bermasam muka sehingga menjejaskan persembahan mereka pada malam itu.

“Saya dan Yus tiada masalah ketika gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Apa yang akhbar tersebut siarkan tidak benar sama sekali. Muka kami mungkin nampak muka serius pada ketika itu kerana  tekanan untuk menghadapi gelanggang akhir MLM.

“Tak perlu lagakan kami sebab hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Anda diluar sana perlu tahu bagaimana perasaan dan tekanan yang setiap pelawak hadapi ketika apabila berada dalam program besar seperti MLM 2013.

“Macam-macam benda bermain dalam fikiran kami terutama berhadapan dengan ramai penonton dan peminat pada malam itu. Saya akui mungkin masalah-masalah peribadi juga antara punca utama beri tekanan hebat buat kami.

“Tapi tidak bermaksud masalah peribadi menganggu persahabatan dan persembahan kami. Saya dan Pak Yus bekawan seperti biasa malah selepas program MLM 2013 kadang kal kami masih lepak bersama berjumpa kami sibuk dengan kerja masing-masing,” ujar Tauke.

Dalam pada itu, Tauke sempat berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sibuk dalam pembikinan filem terbaru bersama MIG berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

“Insya Allah saya kini sibuk untuk filem terbaru bersama MIG berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi,” tambah Tauke.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.