Fred penyelamat Samba

Fred (kiri) menyelamatkan maruah Brazil daripada dimalukan Rusia, semalam.

Fred (kiri) menyelamatkan maruah Brazil daripada dimalukan Rusia, semalam.

JARINGAN Fred pada minit akhir perlawanan menyelamatkan maruah Brazil daripada dimalukan Rusia pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang berkesudahan seri 1-1 di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Rusia sebelum itu berjaya mendahului skuad Samba pada minit ke-73 hasil jaringan Viktor Faizulin.

Keputusan tersebut menyaksikan Brazil belum meraih sebarang kemenangan sejak diambil alih Luiz Felipe Scolari.

Bulan lalu, juara dunia lima kali itu tumpas 1-2 kepada Brazil dan sekadar seri 2-2 ketika menentang Itali, baru-baru ini.

“Saya berpuas hati dengan komitmen pemain. Mereka tidak panik meskipun ketinggalan.

“Usaha pemain untuk bangkit perlu dipuji. Secara keseluruhannya saya gembira dengan keputusan ini,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.