Fizz Fairuz nikah hujung Mei

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berteka-teki serta putus tunang, pelakon Fizz Fairuz, 34, akhirnya mengesahkan akan bernikah dengan Almy Nadia, 28, pada hujung Mei tahun ini.

fizz-fairuz-dan-almy-nadiaBakal mengadakan resepsinya di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei nanti, acara pernikahan pula akan dibuat sehari sebelum iaitu pada malam 30 Mei.

“Persiapan sedang rancak dijalankan sekarang ini dan sudah 70 peratus siap di mana selain di Pulau Pinang, pada Jun nanti majlis sebelah saya pula diadakan di Raub, Pahang,” katanya.

Pelakon Nur Kasih itu memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 dan sudah menetapkan destinasi berbulan madu iaitu Maldives.

 

 

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.