Fesyen Baju Askar Zizan Cetus Kontroversi?

Masih belum habis lagi rupanya isu berkaitan Anugerah Meletop Era (AME) yang diadakan Sabtu lalu, memang betul-betul meletoplah sehinggakan tidak habis-habis diperkatakan orang ramai.

Zizan-Razak1Tak cukup dengan isu pakaian ‘merepek’ Neelofa, isu Wak Doyok yang dikatakan terasa hati dengan Neelofa kini timbul pula isu berkaitan pakaian yang digayakan pemenang terbesar AME iaitu Zizan Razak.

Jika diperhatikan Zizan mengenakan pakaian bercorak askar bersama-sama lencana dan batch yang menyerupai badan beruniform, Rejimen Askar Melayu.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook yang mengatakan perkara ini seharusnya dibawa ke tengah agar di masa hadapan tiada lagi selebriti menggunakan pingat dan lencana milik badan beruniform dengan sewenang-wenangnya.

zizang1-210x300Sebelum ini pun, Farid Kamil pernah mencipta kontroversi sebegini apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan beruniform negara.

Seperti yang diketahui, baik askar mahupun polis, mereka perlu menjalani latihan yang sukar dan lasak sebelum dapat memakai lencana dan pingat tertentu.

Jadinya, memang tidak wajarlah bagi orang awam lebih-lebih lagi selebriti yang dikenali ramai mengambil kesempatan di atas perkara tersebut kerana ia dilihat seolah-olah mereka tidak menghormati badan beruniform tersebut.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.