Ferrer Mara Ke Suku Akhir Terbuka Mexico

david-ferrer-565x318ACAPULCO (Mexico) – Pemain pilihan utama, David Ferrer menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Feliciano Lopez 7-6 (1), 6-2 hari ini untuk mara ke suku akhir Terbuka Mexico bagi kali lima berturut-turut.

Ferrer yang cuba meraih kejuaraan keempat di Mexico itu akan bertemu pemain dari Afrika Selatan, Kevin Anderson yang menewaskan pemain dari Amerika Syarikat, Sam Querrey 7-6 ( 2), 6-4.

Sementara itu, Gilles Simon dari Perancis menewaskan Donald Young dari Amerika Syarikat 6-4, 6-3, Alexandr Dolgopolov (Ukraine) mengalahkan Jeremy Chardy (Perancis) 6-3, 6-4 manakala Ivo Karlovic (Croatia) menundukkan Dudi Sela (Israel) 7-6 (4), 6-2. – AP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.