Ferguson puji konsisten pemain

SAMBIL memuji barisan pemainnya, jurulatih Manchester United (MU) Sir Alex Ferguson menganggap kekecewaan menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun lepas apabila tewas kepada Manchester City merupakan faktor kejayaan The Red Devils dinobatkan juara EPL kali ke-20 musim ini.
sir-alex-ferguson_1299377c
Katanya, semangat dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh kesemua pemain, usaha mereka telah membuahkan hasil yang cemerlang dan akhirnya mereka berjaya merampas kembali takhta itu daripada City

“Mereka terlalu kecewa setelah gagal pada tahun lepas, dengan itu mereka fokus dan memasang impian untuk merampas kembali gelaran itu daripada City.

“Dan akhirnya usaha membuahkan hasil, konsisten kami untuk 20 tahun yang lalu sangat luar biasa,” kata Ferguson.

Jaringan Hatrik oleh Robin Van Persie mengesahkan kejuaraan EPL musim ini milik MU apabila memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kejuaraan liga ke-20 itu miliknya meskipun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi.

Mengulas lanjut, Ferguson berkata, “setiap pemain yang ada dalam kelab ini mempunyai semangat yang tinggi. Meskipun kita hilang gelaran pada tahun lepas, tetapi ia tidak menjejaskan fokus pemain.”

“Pemain tidak melakukan kesilapan dan mereka beraksi dengan baik, mungkin boleh dikatakan ini skuad terbaik MU.

“Sangat manis, apabila kita memenangi gelaran, konsisten kita akan menjadi luar biasa,” ujar beliau.

Tambah Ferguson, “Van Persie adalah pemain luar biasa. Malam tadi dia tidak dapat dihalang.”

“Dia menjaringkan gol sama ketika beraksi dengan Arsenal sebelum ini. Apa yang boleh kata, MU bernasib baik mempunyai Van Persie dan Paul Scholes, dan saya sebagai jurulatih sangat gembira,” ujar Ferguson.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kritikan yang dihadapi oleh MU apabila mereka dikatakan tidak mempunyai kualiti, Ferguson menjawab: “Sudah penat untuk bercakap mengenai isu itu, nostalgia memainkan trik minda rakyat.”

“Cuba letakkan ia dalam konteks, kami sekarang mengumpul 84 mata dengan berbaki empat perlawanan lagi, adakah itu tidak berkualiti? Kami tidak pernah berbuat demikian.

“Kami merupakan satu pasukan jauh lebih baik daripada City, dan itu telah diiktiraf oleh beliau sendiri (Roberto Mancini),” jelas beliau.

 

image (8) image (9)

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.