Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?

Fazura-Bengang-Dengan-Sikap-Berlagak-Zizan-Razak

Tema untuk persaingan terkini Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada Jumaat lalu memang mencabar keupayaan para peserta yang terlibat dan boleh kita lihat rata rata mereka seakan gagal untuk mempamerkan kebolehan untuk membawakan tugasan tersebut.

Kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke juga tidak terkecuali menerima komen daripada Nur Fazura sebagai juri tetap yang menyifatkan persembahan mereka sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar.

Fazura-Bengang-Dengan-Sifat-Berlagak-Zizan-RazakNamun reaksi Zizan Razak yang menyampuk percakapan Fazura ketika itu dilihat seakan biadap & menerima reaksi kurang senang daripada para penonton dan peminat.

Tidak berapa lama selepas program MLM 2014 malam itu berakhir, Nur Fazura menerusi akaun Twitter beliau memuat naik status menyelar perbuataan Zizan Razak yang dianggap seperti tidak mampu menerima teguran selepas membuat kesilapan.

Harapnya Zizan Razak selepas ini boleh muhasabah diri untuk lebih terbuka untuk menerima apa jua kritikan tentang persembahan beliau. Popular tidak bermakna tidak boleh buat silap ‘kan?

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.