Facebook rasmi PDRM digodam

pdrm digodam

Ditengah-tengah keriuhan isu pergaduhan di Plaza Low Yat, laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semakan 1 Malaysia News mendapati muka depan laman sosial Facebook PDRM itu menunjukkan gambar seorang individu memegang bendera pengganas Islamic State dan tertulis “Khilafah Has Returned”.

Beberapa posting yang dimuatnaik antara lain memuatkan gambar sekumpulan pengganas itu berbaris sambil mengangkat senjata dengan posting bertulis ‘Viva Islamic State’.

Sementara itu, PDRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan memaklumkan laman Facebook mereka telah digodam.

“Dimaklumkan bahawa laman FB rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sebarang maklumat yang dikeluarkan selepas ini TIDAK BENAR. Terima kasih,” twitter itu dipetik.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.