FA England dakwa Pardew

Alan Pardew

Alan Pardew

PERSATUAN Bola Sepak (FA) England mendakwa pengurus Newcastle United, Alan Pardew atas kesalahan salah laku ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Hull City, Sabtu lalu.

Pardew diberi tempoh sehingga 48 jam bagi mengemukakan rayuannya.

Dalam perlawanan tersebut, Pardew menyerang pemain tengah Hull, David Mayler dengan menanduk dahi pemain tersebut.

Jika didapati bersalah, Pardew bakal berdepan penggantungan 10 perlawanan atau lebih.

“Pada minit ke-72 perlawanan, Pardew terlibat dalam pertengkaran dengan pemain Hull. Insiden itu telah dimulakan Pardew.

“Pardew diberi tempoh sehingga 6 Mac untuk kemukakan rayuan,” menurut kenyataan dikeluarkan FA.

Susulan insiden berkenaan, Newcastle telah mendenda pengurus berusia 52 tahun itu sebanyak £100,000 (RM548, 717).

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.