Etnik minoriti Islam diusir

Penduduk Islam menjadi mangsa oleh pelampau Kristian.

Penduduk Islam menjadi mangsa oleh pelampau Kristian.

BANGUI – Kebanyakan penduduk minoriti Islam di bahagian barat Republik Afrika Tengah terus menjadi mangsa keganasan etnik di negara itu.

Dalam insiden terbaru, seorang saksi mendakwa penduduk Islam diusir tanpa belas kasihan akibat daripada sentimen anti-Islam yang semakin meningkat di negara itu.

“Kami tidak diiktiraf sebagai penduduk negara ini malah pihak berkuasa juga enggan memberi perlindungan kepada orang Islam di sini,” katanya pada Press TV.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 950,000 orang kini kehilangan tempat tinggal manakala ribuan lagi menjadi korban konflik etnik di Republik Afrika Tengah.

Susulan daripada itu, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk melakukan siasatan terhadap kes pencabulan hak asasi di negara terbabit.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.