Erra Tertekan Hubungan Baik Bersama Bekas Suami Disalah Erti

Erra-Fazira-Tertekan-Hubungan-Dengan-Bekas-Suami-Disalah-Anggap-ROTIKAYA-700x502

RASANYA peminat hiburan sendiri sudah maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Erra Fazira dengan seorang jejaka bujang yang dirahsiakan identitinya.

Dalam pada itu, ramai pula  meluahkan harapan agar Erra dan bekas suaminya, Engku Emran kembali bersama sebagai suami isteri selepas melihat kemesraan mereka ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka baru-baru ini.

Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan aktres jelita itu tertekan apabila hubungan baiknya bersama bekas suaminya disalah anggap oleh peminat.

“Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri).

“Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka. Saya juga mahu mengajar dan menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya yang turut melalui perkara seperti ini untuk berbaik demi anak mereka.

“Alhamdulillah, ramai juga yang beri reaksi positif dan nampak apa yang cuba saya sampaikan daripada melihat ia sebagai berbaik untuk kembali sebagai suami isteri,” ujarnya.

Jelas Erra, dia akan meneruskan perhubungan baik ini demi anaknya walaupun jika suatu hari nanti mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing kelak.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.