Erin Malek Selamat Bertunang & Bakal Nikah Oktober Ini

Erin-Malek-Selamat-Bertunang-Bakal-Nikah-Oktober-IniHujung minggu lalu telah berlangsung majlis pertunangan pelakon remaja Erin Malek, 20 dengan teman pilihan hatinya Farriz Fauzy, 30 di Duta Suria Residency, Ampang.

Pada majlis tersebut, Erin Malek tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Azura Couture berserta pelamin bertemakan Fairy Blossom.

Bercakap kepada mStar Online selepas majlis selesai berlangsung, Erin Malek melahirkan rasa lega & bersyukur semuanya sudah berjalan dengan lancar. Walaupun berkenalan dalam tempoh yang singkat, beliau yakin ini pilihan yang terbaik buat dirinya.

“Kami berkenalan pada Januari lalu& baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang yakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya. Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda,“ ujar Erin Malek.

Tunangnya pula berkata yang memang sasaran beliau untuk berkahwin pada usia 30 tahun dan pertemuan dengan Erin Maleh memang tepat pasa waktunya.

“Saya tidak mahu habiskan banyak masa dengan bercinta, sementara kedua-dua belah keluarga memang sudah bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan yang mana asalnya dirancang pada tahun hadapan,“ kata Farriz Fauzy.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Oktober 2014 nanti. Tahniah & semoga perancangan ke arah gerbang perkahwinan bakal berjalan lancar. Ingat tempoh ini banyak dugaannya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.