EPL: Man City Tambah Derita United

toureget_2422650bLONDON – Edin Dzeko menyumbatkan dua gol ketika Manchester City menambah derita ke atas Manchester United dengan kemenangan 3-0 sekali gus merapatkan jurang kepada hanya tiga mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea dengan bermain kurang dua perlawanan.

Dzeko menemui sasaran seawal 43 saat untuk meletakkan City di depan ketika menentang United di Old Trafford awal pagi tadi.

Aksi menarik berikutnya menyaksikan Rafael menyekat gerakan David Silva dalam kotak penalti tetapi Samir Nasri menemui peluang dengan merembat tetapi terkena palang. Dzeko berusaha membuat gerakan susulan tetapi percubaannya tersasar.

Dzeko kelahiran Bosnia menemui sasaran sekali lagi pada minit ke-56 apabila melepasi kawalan Rio Ferdinand untuk menyepak masuk hasil sepakan sudut Nasri.

Yaya Toure kemudiannya menjaringkan gol ketiga City pada minit ke-90 ketika anak buah Manuel Pellegrini kini di tangga kedua takhta liga.

September lalu, City menundukkan United 4-1 pada perlawanan di Eastlands. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.