All England: Chong Wei juara kali ketiga

Lee Chong We

Lee Chong We

JAGUH nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada perlawanan akhir di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Selepas dikecewakan oleh bintang China itu pada final tahun lalu, Chong Wei kembali merampas gelaran dengan melakar kemengangan straight set 21-13 dan 21-18 dalam pertarungan yang berlarutan selama 59 minit.

Selain berjaya melunaskan dendamnya ke atas pemain nombor dua dunia itu, Chong Wei turut memenuhi misinya untuk merangkul kejuaraan All England buat kali ketiga selepas turut muncul juara pada tahun 2010 dan 2011.

Sementara itu, pasangan nombor satu dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan merangkul gelaran beregu lelaki selepas menewaskan pilihan kedua dari Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dengan 21-19 dan 21-19.

Acara perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang mengenepikan rakan sepasukannya Li Xuerui dengan straight set 21-19 dan 21-18.

China turut mendominasi acara beregu wanita menerusi Wang Xiaoli-Yu Yang selepas menewaskan beregu sepasukan mereka Ma Jin-Tang Yuanting, 21-17, 18-21 dan 23-21 dalam masa sejam 21 minit.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.