Empat kereta tepi jalan remuk dilanggar

BAYAN BARU – Seorang ahli perniagaan terkejut apabila mendapati keretanya dalam keadaan remuk selepas lima minit ditinggalkan.

Orang ramai terkejut melihat empat kenderaan dilanggar sekaligus.

Orang ramai terkejut melihat empat kenderaan dilanggar sekaligus.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Saharudin berkata, dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dengan beberapa kenderaan lain.

Menurutnya, namun kemudiannya tiba-tiba mendengar bunyi seakan hentaman kuat ketika baru hendak meletakkan makanan di dalam plastik.

“Betapa terkejut saya lihat kereta saya remuk di bahagian depan dan belakang bersama tiga kenderaan lain.

“Kesemua kereta diletakkan tepi jalan itu dalam keadaan baik. Ini kali pertama terjadi,” katanya.

Kejadian berlaku berhampiran Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) kira-kira jam 11 pagi semalam.

Seorang saksi berkata, kejadian tersebut berlaku apabila sebuah lori dipercayai terbabas ke tepi jalan akibat mengelak kenderaan di hadapannya.

“Malang apabila ada banyak kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan pemandu lori melanggar keempat-empat kereta.

“Namun bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa kerana tiada orang di dalam semua kenderaan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.