Eizlan Yusof Akui Masih Sayang Isteri & Mahu Pertahan Rumahtangga

Eizlan-Yusof-Akui-Masih-Sayang-Isteri-Mahu-Pertahan-Rumahtangga

Berita kegoyahan rumahtangga Datuk Eizlan Yusof & isterinya, Datin Vie Shanti mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka pasangan ini sedang berhadapan masalah sehingga si isteri tampil memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah.

Pelakon juga ahli perniagaan itu sebelum ini gagal dihubungi untuk memberikan komen berkaitan perkara ini namun melalui Berita Harian hujung minggu ini, Eizlan Yusof tampil memberikan sedikit komen tentang keadaan dirinya sekarang.

“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” tambah Eizlan Yusof selepas dipujuk lagi untuk berikan komen.

Dari gaya bahasa dan kenyataan Eizlan Yusof ini, beliau seakan menafikan yang sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Mungkin ada ruang untuk pasangan ini kembali bersama. Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.