Dua pusat pemindahan banjir dibuka di Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Dua pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 292 mangsa banjir daripada 60 keluarga dari dua kawasan, di sini, malam ini.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten Pertahanan Awam Saifuddin Abdullah berkata, pusat pemindahan pertama dibuka pada pukul 5 petang tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil, Mukim Bukit Meriam.

“Manakala pusat pemindahan kedua dibuka di Dewan Kampung Jilid 8 di Mukim Bujang pada jam 8 malam tadi.
Seramai 261 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di SK Bukit Kechil, dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Jilid 8,” katanya. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *