DS Anwar gesa anggota SPR letak jawatan beramai-ramai

SHAH ALAM: Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meletak jawatan beramai-ramai kerana gagal menjalankan ulangkaji persempadanan kawasan pilihan raya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
anwar-ibrahim-taman-melati12
Beliau berkata SPR mengikut Perlembagaan Persekutuan perlu mengadakan persempadanan semula setiap lapan hingga 10 tahun.

Kali terakhir SPR membuat persempadanan semula pada tahun 2003 iaitu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

“Perkara 113 (2) dan 113 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ulangkajian bahagian-bahagian pilihan raya dijalankan oleh SPR dengan lat tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh siapnya ulangkajian yang terdahulu.

“Kerajaan mengesahkan persempadanan terdahulu bagi Semenanjung dan Sabah diluluskan pada 21 Mac 2003, manakala Sarawak pada 10 Jun 2005,” ujar Anwar melalui kenyataan mediannya, hari ini.

Anwar turut menyifatkan kegagalan mengemaskini sempadan kawasan pilihan raya oleh SPR sebagai sesuatu yang serius.

“Tuntutan dan tanggungjawab Perlembagaan ini terus terabai. SPR gagal laksanakannya. Ini pengabaian dan kegagalan serius.

“Sebelum ini SPR gagal jalankan PRU13 secara adil dan bebas selain berbangkit masalah proses yg pincang kerana isu dakwat yang tak kekal dan daftar pemilih yang tercemar,” katanya.

Anwar sebelum ini pernah memberi amaran untuk menentang habis-habisan sebarang usaha SPR untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Saya memberi amaran kepada kerajaan dan SPR bahawa Pakatan tidak akan membenarkan SPR membentangkan persempadanan semula. Saya sudah pun berbincang perkara ini dengan Ambiga dan Pak Samad Said bahawa kita tidak membenarkan pembentangan itu.

“Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah besar. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah.

“Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula,” katanya di New York baru-baru ini ketika menjawap soalan semasa sesi soal jawap bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini memberitahu Antarapos, jika Anwar mahu menghalang proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, ia seperti menyuruh SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.