Doktor Keluarkan Ketumbuhan Sebesar Bola Sepak

ketumbuhan

NEW DELHI – Doktor di sebuah hosptal di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan sebesar bola sepak dari buah pinggang seorang wanita dalam satu pembedahan baru-baru ini.

Wanita tempatan berusia 35 tahun itu sebelum ini menjalani beberapa siri imbasan dan pemeriksaan selepas mengadu berat badannya naik tiba-tiba.

Pemeriksaan itu mengesahkan dia mempunyai ketumbahan dalam organnya yang jika tidak dibuang boleh membawa maut.

Pakar bedah mulanya bercadang membuang seluruh buah pinggangnya, tetapi akhirnya mengambil keputusan menyelamatkan bahagian bawah organ itu.

Pembedahan selama enam jam itu berjaya dilakukan. Selain membuang ketumbuhan seberat hampir tujuh kilogram, doktor juga bertindak membuang tiga ketumbuhan kecil bagi mengelak ia tumbuh lebih besar.

Wanita itu menyedari berat badannya naik tiba-tiba sejak beberapa bulan lalu selain sakit perut.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.