Ditemui mati tergantung

KUALA KANGSAR – Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di dalam bilik tidur rumahnya, di sini, semalam.

Mangsa berusia 25 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik tidur rumahnya di Batu 26, Kampung Ketior Dalam.

Mayat mangsa dimasukkan ke dalam van jenazah di Hospital Kuala Kangsar.

Mayat mangsa dimasukkan ke dalam van jenazah di Hospital Kuala Kangsar.

Menurut sumber, ibu si mati ternampak mayat mangsa di dalam bilik tidur ketika berada di luar rumah pada 8 pagi.

“Malam semalam (kelmarin) ada mangsa meminta tali kalau tak silap tapi ahli keluarganya tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, pegawai polis menerima maklumat mendapati ada kematian di kawasan terbabit pada jam 8.30 pagi, semalam.

“Tiada unsur-unsur jenayah dikesan dalam kes ini. Bagaimanapun, sebab kematian masih belum diketahui.

“Si mati difahamkan mengalami sakit jiwa,” katanya.

Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk urusan pengebumian.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.