Ditemui mati dalam kereta

RASAH – Misteri seorang lelaki yang duduk dalam keretanya lebih dua jam akhirnya terjawab, petang kelmarin apabila dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

Kon Swee ditemui mati selepas dua jam tidak keluar dari kereta

Kon Swee ditemui mati selepas dua jam tidak keluar dari kereta

Au Kon Swee, 74, ditemui mati dalam kereta berkenaan kira-kira 5 petang, berdekatan medan selera Rasah Jaya, di sini oleh seorang jirannya.

Jirannya yang enggan dikenali berkata, mangsa merupakan  seorang pelanggan tetap di medan selera berkenaan dan dilihat setiap hari datang ke situ untuk berkaraoke dan makan bersama rakan-rakan.

“Sebelum itu, kira-kira 3 petang, dia sudah sampai di medan selera ini, tapi dia tidak turun dari keretanya.

“Saya fikir mungkin dia mahu berehat sebab pada waktu itu, kedai makan belum buka sepenuhnya.

“Tapi, lebih dua jam saya lihat dia masih dalam kereta. Saya pergi lihat dan mendapati badannya sudah sejuk dan tak bernyawa lagi,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, Kon Swee ada mengadu batuk, namun enggan ke klinik untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.