Diselamatkan Pekerja Domino Selepas 11 Hari Tidak Beli Pizza

pizza

Lelaki yang berasal dari Oregon ini, Kirk Alexander, 47, merupakan penggemar pizza Domino dan menjadi pelanggan setia Salem Domino’s Pizza sejak tujuh tahun lalu.

Namun apabila Kirk tidak muncul di restoran berkenaan selama 11 hari, pekerja di Salem Domino’s Pizza mula berasa bimbang.

Restoran itu kemudiannya menghantar salah seorang pekerja penghantaran pizza untuk memeriksa Kirk di rumahnya.

Apabila pintu tidak dibuka dan panggilan telefon masuk ke peti simpanan suara, mereka kemudiannya menghubungi 911.

Polis kemudiannya tiba di rumah Kirk dan dapat mendengar suara orang meminta tolong dari dalam rumah.

Mereka mendapati Kirk berdepan dengan masalah kesihatan yang boleh membawa maut, lalu dia dibawa ke hospital dengan segera.

Meskipun penyakitnya tidak didedahkan namun Kirk dipercayai mengalami strok dan kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam pada itu, penolong pengurus Domino terbabit, Jenny Seiber berkata, Kirk merupakan seorang pelanggan yang dikenali ramai di restoran berkenaan.

“Dia tidak pernah membeli makanan yang sama, sebaliknya akan berubah setiap hari,’’ katanya yang turut menyifatkan Kirk sebagai seorang yang pendiam tetapi baik.

Jelasnya, pekerja di Domino itu berasa bimbang apabila tidak mendengar khabar selama 11 hari daripada pelanggan kegemaran mereka sejak 2009 itu.

“Kami menganggap Kirk sebagai keluarga dan kami gembira kerana dapat membantunya,’’ kata Jenny.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.