Direjam Gara-Gara Kerana Buka Akaun Facebook

Gadis Syria direjam sampai mati hanya kerana membuka akaun Facebook. - Gambar hiasan

Gadis Syria direjam sampai mati hanya kerana membuka akaun Facebook. – Gambar hiasan

DAMSYIK – SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

“Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina,” menurut laporan itu. – Dailymail

Komen

comments

2 Comments

  1. alin

    21/02/2014 at 12:16 am

    fitnah akhir zaman..umat islam bukan sekejam ini admin jgn jd tali barut yahudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.