Dikatakan ‘Caras’ Laki Orang, Hanez Suraya Kena Serang Di Instagram

ohartis-hanez-suraya-pembedahan-plastik-hidung-565x378Sejak akhir-akhir ini, antara berita paling hangat diperkatakan adalah kisah Hanez Suraya yang dikatakan bercinta dan bakal berkahwin dengan suami orang.

Gosip ini bagaimanapun ditepis Hanez Suraya ketika ditemubual dalam satu program hiburan dengan alasan antaranya, jika benar dia menjalin hubungan dengan suami orang sudah tentu dia sudah lama diserang.

Ibarat kata-kata memakan diri, Berita Harian pada hari ini menyiarkan kenyataan seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kekasih Hanez dan secara terang-terangan menuduh Hanez merupakan penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Fullscreen-capture-322014-114232-AM-95x300Wanita bernama Nurliyana Abd Manan, 29, menyatakan selama ini dia mengetahui hubungan suaminya dengan Hanez namun masih mampu bersabar.

Begitu pun kesabaran tidak lagi dapat dibendung lagi selepas Hanez memuat naik gambarnya bersama anak-anak Liyana iaitu Putra Adreeshah, 8, dan Putra Rayqarl Shah, 2 di laman Instagram.

Fullscreen-capture-322014-122925-PM-300x262Susulan itu, laman Instragram Hanez pada pagi ini dihujani komen mengkritik dirinya.

hanez3-300x132 hanez11-300x112 hanez21-300x143Memang panas… apa pun, nantikan saja cerita dari pihak Hanez yang akan terbit dari bibirnya sendiri tidak lama lagi.

Ini kerana Hanez sudah berjanji akan menjelaskan cerita sebenar kepada wartawan dalam satu sidang media yang akan dibuat khas selewat-lewatnya Rabu ini.

Komen

comments

1 Comment

  1. ajib

    04/03/2014 at 11:53 am

    Jalang.Terdesak sgt tak laku mmg camtu la kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.