Digi Tawar Lumia 1320 Tanpa Kontrak

PERANTI telefon pintar Windows 8 dari Nokia akhirnya tiba ke pasaran Malaysia dengan harga pasaran bernilai RM1,199. Namun, jika anda mahu mendapatkan peranti ini melalui syarikat telekomunikasi, DiGi kini menawarkan harga istimewa untuk peranti tersebut selain bebas kontrak.

lumia-1320-565x403Anda hanya perlu mendaftar untuk pelan pasca-bayar DG Smartplan 58/88/148 serta pilihan warna hitam, putih atau kuning hanya pada harga RM1,018.

Walaubagaimanapun, “bebas kontrak” masih bermaksud anda perlu membuat bayaran pendahuluan (tidak dikenakan pada pengguna DiGi 12 bulan dan ke atas) yang akan dipulangkan hanya jika anda memotong talian tersebut selepas tempoh yang ditetapkan, jika tidak, wang pendahuluan tersebut tidak akan dipulangkan.

Layari laman web DiGi untuk maklumat lanjut

digi-lumia

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.