Didenda RM500 lumur cili dimuka madu

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Akibat melumur cili pada muka madunya bulan lalu, seorang wanita dan suaminya  didenda RM500 atau penjara lima bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam.

Muhammad Ariff Jupirin, 27,  bersama isteri keduanya Srimeiriska Iswandy, 25, warga Indonesia dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri itu dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap Muntamah Ahmad Minlon, 46, juga warga Indonesia dengan cara melumur cili di muka sehingga mangsa berasa pedih dan sakit pada kedua-dua belah mata.

Kejadian didakwa berlaku pada jam 1 pagi, pada 25 Februari lalu di hadapan rumah No.12, Jalan Badak Off Jalan Yew, Cheras di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.