DCA terima laporan dari Ukraine

 

Mas (Malaysia Airlines)

Mas (Malaysia Airlines)

SHAH ALAM – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.

Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.

“Buat masa ini, hanya itu yang dimaklumkan, punca sebenar masih belum diperolehi,” kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Pesawat MAS MH17 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini selepas berlepas dari Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.