DCA Sifatkan Kehilangan MH370 Misteri, Tidak Tolak Kemungkinan Ia Dirampas

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) masih tidak menolak sepenuhnya kemungkinan pesawat MH370 telah dirampas oleh pengganas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pada peringkat ini, pihaknya masih melihat kepada kesemua kemungkinan dan tidak hanya terhadap beberapa aspek tertentu sahaja.

“Wujud juga persoalan kemungkinan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” katanya pada sidang akhbar harian di Sepang, sebentar tadi.

Kemungkinan berlaku serangan pengganas di udara tidak ditolak kerana wujud dua penumpang misteri yang mengembara menggunakan pasport curi milik pihak lain.

Bagaimanapun, andai benar berlakau rampasan, setakat ini belum ada sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak.

Malah, secara jujur, agak sukar untuk dikatakan ia dirampas kerana sudah pasti ia akan muncul di radar banyak negara andai ia diterbangkan ke arah lain.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.