David Teo Tak Halang Yana Samsudin Berkahwin

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Yana Samsudin menjadi sebutan gara-gara isu perubahan hidung dan hubungan cintanya dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

Yana-Samsudin1Seperti yang diketahui juga, Yana merupakan artis di bawah naungan syarikat Mejar David Teo, Metrowealth Sdn Bhd (MIG).

Antara syarat yang terkandung dalam MIG ialah mereka tidak membenarkan artis di bawah naungannya untuk bercinta, lantas timbul ura-ura mengatakan itu merupakan sebab utama kenapa Yana masih lagi solo.

Mengulas perkara itu, Yana mengatakan David Teo tidak pernah menghalangnya untuk berkahwin malah beliau sentiasa mendoakan agara dia cepat bertemu jodoh.

“Sebenarnya itu bukanlah penyebab utama saya masih lagi solo. Saya akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang, namun belum berjumpa jodoh yang sesuai lagi,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Dalam masa yang sama, Yana enggan lagi mengulas mengenai perubahan wajahnya yang sering diperkatakan oleh orang ramai.

Menurutnya, perubahan ketara pada wajahnya adalah disebabkan dia membuat rawatan meratakan gigi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.