Dari besi buruk, jadi robot Transformers

image (22)

HUNAN – CHINA. Dengan hanya menggunakan besi buruk, seorang petani dan anaknya berjaya menghasilkan model robot gergasi Transformers dan kini mereka mampu menjana pendapatan hingga 1 juta Yuan (RM580,000) setahun.

Yu Zhillin berkata, idea untuk menghasilkan model Transformers tersebut tercetus selepas filem Perancis popular berkisarkan tentang robot alien fiksyen itu mendapat sambutan hangat di China

Zhilin yang juga merupakan seorang petani dan mempunyai latar belakang dalam bidang seni halus memulakan kerja-kerja penghasilan robot ini di sebuah gudang lama dengan hanya berbekalkan gambar yang diambil dari internet dan besi buruk dari kereta terpakai.

Menurutnya lagi, ia agak sukar untuk dihasilkan pada mulanya.

“Model pertama mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan tetapi atas bantuan anaknya dan pengalaman dalam bidang seni halus membantunya menyiapkan model ini” katanya dipetik Shanghaiist.‎

Siapa sangka kini mereka mampu menjana pendapatan hingga 1 juta Yuan setahun menerusi penjualan model-model berkenaan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.