DAP tidak perlu ajar Pas

image (4)

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah cuba mengajar Pas untuk bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis bagi mengelak pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangannya, Dr B Chandran sebaliknya menegaskan pemimpin DAP itu untuk memberi perhatian kepada agenda politik mereka daripada mencampuri urusan Pas termasuk melibatkan pembahagian kerusi.

Menurutnya, kenyataan DAP itu  satu penghinaan kepada mana-mana pihak yang mendukung demokrasi di negara ini, apatah lagi DAP dilihat masih gah memberi nasihat kepada Pas walaupun hubungan kerjasama politik antara keduanya telah putus.

“Rakyat perlu menganjak pemikiran dari andaian bahawa jika wujud pertembungan tiga penjuru maka Umnolah yang akan meraih kejayaan. Saya mohon berbeza dalam hal ini. Saya yakin sekiranya wujud pertembungan tiga penjuru maka kemenangan mutlak menjadi milik kita

“DAP dan lain-lain boleh mengatakan kita bermimpi. Kita katakan kepada mereka bahawa setiap kejayaan bermula dengan mimpi. Lebih bijak bagi DAP untuk menumpukan perhatian kepada agenda politik mereka daripada menyuruh Pas apa yang perlu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

B Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu menjelaskan hanya Pas yang boleh menggantikan Umno kerana realitinya Pas dan Umno adalah dua parti yang menarik perhatian umum.

Sehubungan itu katanya, perkembangan politik semasa terutama selepas keputusan Pas memutuskan hubungan dengan DAP telah membuka ruang serta keperluan untuk Pas bertanding di kesemua kerusi bagi menggantikan parti dominan dalam BN itu.
Jelasnya, hanya Islam yang boleh menyelamatkan negara yang berada dalam keadaan genting sambil memberitahu hanya Pas satu-satunya parti yang berjuang atas prinsip Islam di Malaysia.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.