DAP Pelawa Muhyiddin Sertai Bersih 4

Kit-Siang

KUALA LUMPUR – Parti DAP secara terbuka mempelawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai pembangkang dalam perhimpunan haram Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pelawaan ke atas Trimbalan Presiden UMNO itu kerana Muhyiddin sering mengkritik pihak kerajaan selepas digugurkan daripada sebarang jawatan dalam jemaah Kabinet.

“Semalam Muhyiddin ada berkata Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal jika krisis semasa tidak ditangani dengan baik.

“Saya mengalu-alukan Muhyiddin menyertai `para pejuang’ Malaysia yang bimbang Malaysia menjadi negara yang gagal jika kita tidak melakukan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Gerakan Anak Muda Harapan Baru menghantar surat jemputan kepada Muhyiddin supaya menyertai acara tunjuk perasaam jalanan tanpa permit Bersih 4 tersebut.

Perhimpunan itu dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada hukuman penjara.

Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR dihukum penjara selama lima tahun kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain.

Sementara itu, Kit Siang menggugut polis bahawa Malaysia akan dianggap sebagai negara penyangak jika berlaku kekecohan dalam perhimpunan Bersih 4.

Menurutnya, pihak polis bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi daripada pihak lain.

“Keselamatan peserta perhimpunan Bersih 4 perlu menjadi keutamaan pihak polis,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.