DAP Kawal Ketat Keselamatan Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Parti DAP akan memastikan keselamatan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sentiasa terjamin, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim-Guan-Eng-565x381Beliau berkata, jaminan itu berikutan tindakan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang menampar Teresa serta merakamkannya.

“DAP akan memastikan perlindungan maksimum diberikan kepada Teresa memandangkan golongan fanatik perkauman akan melakukan apa sahaja untuk wang.

“Lelaki sebenar tidak akan memukul wanita dan keganasan perlu dikeluarkan daripada wacana awam dan arena politik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut mendakwa, ancaman seperti itu perlu dibendung kerana boleh merosakkan demokrasi di Malaysia dan membawa negara akan ke arah pemerintahan diktator dan masyarakat tidak bertamadun.

Beliau turut memaklumkan, wakil-wakil DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di seluruh negara dan menyeru masyarakat supaya mengutuk perbuatan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia.

“Pihak polis perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan menghalang ketegangan kaum yang semakin memuncak atau jika gagal memastikan keselamatan Teresa,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.