Damsyik bergelap bekalan elektrik terputus

DAMSYIK – SYRIA . Ibu negara Syria terpaksa bergelap kelmarin, selepas saluran paip gas terletak berhampiran lapangan terbang antarabangsa meletup dipercayai dibedil peluru berpandu Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Letupan pada saluran paip gas menyebabkan kebakaran merebak ke stesen jana kuasa elektrik di Damsyik.

Letupan pada saluran paip gas menyebabkan kebakaran merebak ke stesen jana kuasa elektrik di Damsyik.

Beberapa penduduk di Damsyik mendakwa, mereka mendengar bunyi tembakan bertalu-talu sebelum bekalan elektrik terputus di seluruh wilayah tersebut.

Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi manusia (HRW) berpusat di Britain melaporkan insiden itu dipercayai berlaku selepas peluru berpandu terbabit disasarkan ke bandar Ghasula terletak beberapa kilometer dari lapangan terbang tersebut.

“Ia adalah operasi terancang dilakukan secara besar-besaran. FSA kini berusaha menguasai Damsyik yang menjadi kubu kuat Presiden Bashar al-Assad,” kata Pengarah HRW, Rami Abdel Rahman.

Menurut agensi berita Sana, bekalan kuasa dilaporkan kembali pulih di kebanyakan kawasan menjelang pagi semalam.

Difahamkan, insiden sama yang berpunca daripada perbuatan sabotaj juga pernah berlaku, bulan lalu, dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.