City mesti menang

PEMAIN tengah Manchester City, Yaya Toure menegaskan The Citizens perlu memenangi perlawanan selepas ini bagi menjaga kedudukan jarak mata dengan Arsenal.

Toure (kanan) menegaskan City perlu elak keciciran mata bagi terus mengejar kedudukan Arsenal.

Toure (kanan) menegaskan City perlu elak keciciran mata bagi terus mengejar kedudukan Arsenal.

Awal pagi esok, skuad kendalian Manuel Pellegrini itu bakal menentang West Bromwich Albion di The Hawthorns.

Dalam 13 perlawanan setakat ini, City yang menduduki tangga ketiga liga hanya dibezakan enam mata dengan pendahulu liga yang mengumpul 31 mata.

Turut senada dengan kenyataan Samir Nasri sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu berkata City tidak mempunyai pilihan selain meraih tiga mata jika tidak mahu Arsenal melebarkan kedudukan dengan lebih selesa.

“Kami perlu menang. Kami punya dua perlawanan di tempat lawan iaitu West Brom dan Southampton yang boleh menjadi pertemuan sukar.

“Sejak akhir-akhir ini kami kuat di tempat sendiri tapi anda harus ingat ini saingan EPL (Liga Perdana Inggeris). Anda juga harus memberikan prestasi bagus ketika beraksi di tempat lawan.

“Apa pun, kami perlu mengekalkan prestasi ini dan harus tetap berada di kedudukan atas,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.