Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama ‘Cinta Mati’

Fizz-Fairuz-Almy-Nadia-1KALAU ada anugerah ‘Wanita Paling Setia’, ia mungkin layak diberikan kepada pelakon Almy Nadia.

Apa tidaknya, sepanjang lapan tahun menjalinkan hubungan dengan Fizz Fairuz, entah berapa banyak kepahitan yang sudah ditelan wanita ini.

Bakal mendirikan rumahtangga dengan Fizz pada Mei nanti, ramai yang kagum dengan ketabahan Almy yang sanggup menerima semula kekasihnya itu walaupun dia pernah melukakan hatinya.

Pernah putus cinta kerana Fizz bertunang dengan isteri orang, Almy tidak melatah seperti kebanyakan wanita lain.

Berkat ketenangannya menghadapi dugaan, akhirnya Fizz kembali menagih cintanya selepas ‘sedar’ akan kesilapan yang dilakukannya.

Fizz-Fairuz-putus-tunangMenerusi Berita Harian, Almy berkata, ibunya senduri hairan bagaiamana dia begitu setia dengan lelaki itu sehingga menggelarkan cinta mereka sebagai ‘cinta mati’.

“Entahlah, sayapun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya. Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya,” jelasnya.

Apa pun, diharap agar impian Almy untuk bergelar isteri kepada Fizz akan tercapai dan kekal bahagia untuk selama-lamanya.

Kepada Fizz pula, janganlah sia-siakan kesetiaan Almy selama ini. Bukan senang nak cari ya…

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.