Chong Wei dah penat

KELETIHAN antara faktor kemerosotan prestasi Datuk Lee Chong Wei sehingga gagal meraih gelaran juara pada dua kejohanan yang disertainya sebelum ini.

Chong Wei

Chong Wei

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan prestasi merosot dipamerkan Chong Wei kerana kurangnya rehat sehingga menjejaskan tumpuannya.

“Baru-baru ini Chong Wei ada beritahu saya secara peribadi, yang dia dah penat dan perlukan rehat. Dia dah tak bertenaga seperti dulu. Agak susah juga untuk dia bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda.

“Namun dia terpaksa juga memenuhi kesemua kejohanan badminton kerana terikat dengan pihak penaja. Jadi dia tiada pilihan dan harus menyertai kesemua kejohanan,” katanya dalam sidang media pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan Majlis Sukan Negeri di Putrajaya, semalam.

Menurut Khairy, beliau akan cuba membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu dengan mengadakan perbincangan lanjut selepas ini.

“Saya akan berbincang lebih lanjut lagi bersama Chong Wei dan pihak penajanya selepas ini bagi membantunya yang kini jelas keletihan,” katanya.

Berdasarkan keputusan pada kejohanan Terbuka Denmark dan dan Terbuka Perancis baru-baru ini, Chong Wei  memberikan aksi kurang memberangsangkan apabila pada pusingan separuh akhir Terbuka Perancis diketepikan oleh pemain Jepun, Kenichi Tago dengan keputusan 21-17, 16-21, 12-21.

Chong Wei juga tewas kepada Chen Long dari China pada final Terbuka Denmark dengan kekalahan straight set 22-24 dan 19-21.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.