Che Ta Nafi Hamil, Tak Rancang Tambah Anak

cheta

HANYA kerana tulisan kapsyen di laman Instagramnya, ramai peminat mula membuat andaian bahawa pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin.

Semuanya gara-gara kapsyen bertulis, It’s the freakin weekend so mummy daddy give me another sibling (minggu yang memenatkan, jadi mak dan ayah, sila berikan saya seorang lagi adik)” yang dikepilkan bersama gambar anaknya Aaisyah Dhia Rana sedang tersenyum ceria.

Memetik penjelasannya menerusi sebuah akhbar harian, Che Ta berkata, “Tidaklah, mana ada saya hamil. Kapsyen yang ditulis di akaun Instagram sekadar suka-suka sahaja. Tidak tahu pula orang lain ambil serius.”

Memandangkan usianya yang sudah semakin meningkat, Che Ta tidak membuat sebarang perancangan untuk menambah bilangan anggota keluarganya.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy, 20, dan Aniq Ezra, 18 tahun.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.