Cermin pecah dibaling batu

TUMPAT – Tindakan provokasi di hari penjumlahan undi menyebabkan cermin sebuah kereta penyokong parti politik pecah di baling batu, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di Kampung Bunohan berdekatan dengan Pasar Segar Kada, menyebabkan pemandunya, Mohd Asri Abdullah, 48, mengalami trauma.

Mohd As

Mohd Asri menunjukkan cermin keretanya pecah dalam kejadian dibaling batu di Kampung Bunuhan.

Mohd Asri menunjukkan cermin keretanya pecah dalam kejadian dibaling batu di Kampung Bunuhan.

ri merupakan abang kepada Ketua Pemuda Pas Kawasan Tumpat berkata, dia ketika itu dalam perjalanan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di tempat penjumlahan undi.

“Apabila melalui kawasan tersebut, tiba-tiba kereta saya dibaling batu terkena pada cermin pintu belakang.

“Terdapat lebih 30 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di tepi jalan di lokasi tersebut.

“Apabila mereka ternampak kereta saya yang penuh dipasang bendera Pas dan gambar calon Pas Dun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, mereka bertindak liar,” katanya.

Menurutnya, dia turut dikejar oleh penyokong terbabit ketika berhenti membuat pemeriksaan kerosakan keretanya itu.

“Apabila saya nampak mereka menunggang motosikal untuk mengejar saya, saya terus masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan tersebut,” katanya.

Ketika kejadian, adiknya, Al-Amin Abdullah, 34, turut menaiki kereta tersebut ke tempat penjumlahan undi untuk mendengar keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya kesal dengan apa yang berlaku sehubungan dengan itu satu laporan polis di buat di Balai Polis Wakaf Bharu,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.