CCTV Kejadian Lempar Al-Quran Di Masjid Limbungan

cctv

Besut – Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.

Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.

Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian itu Subuh tadi.

Katanya, kejadian itu amat dikesali dan tidak patut berlaku di tempat berkenaan.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu sebelum merebak di tempat lain.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.