Cardiff City ke EPL

KELAB milik jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, Cardiff City mengesahkan slot beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas seri tanpa jaringan ketika menentang Charlton Athletic, awal pagi semalam.

Pemain Cardiff, Leon Barnett dijulang penyokong selepas kelab itu sah beraksi dalam saingan EPL, musim depan.

Pemain Cardiff, Leon Barnett dijulang penyokong selepas kelab itu sah beraksi dalam saingan EPL, musim depan.

Satu mata yang dikutip sudah cukup buat skuad kendalian Malky McKay mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Kejuaraan dengan 84 mata.

Ini merupakan kali pertama kelab Wales itu beraksi dalam kancah utama bola sepak England sejak kali terakhir melakukannya 51 tahun lalu.

McKay ternyata bangga dengan pencapaian itu menyifatkan mereka layak ke EPL berdasarkan usaha keras mereka selama ini.

“Saya gembira dengan kejayaan ini. Pemain berhak mendapat pujian begitu juga dengan kesetiaan penyokong yang mempercayai kami sepanjang musim ini,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.